BAGAIMANA & MENGAPA GEJALA SOSIAL TERJADI ?Globalisasi & Modenasasi : Punca Gejala Sosial
Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi danmodenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan padaarus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasiekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (
cityculture
) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanyateknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan
trendy,
yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruhdan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya sepertimewarnakan rambut, memakai anting-anting atau
tattoo
bahkan sampai kepada hal-halyang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang bolehmenjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengahorang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, iamerupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini,masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadisemakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggapsaudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional sepertimemuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budayakita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akandapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.Firman Allah SWT :
” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supayakamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi MahaMendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat 13
Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara duakelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yangmenyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim darimelakukannya
No comments:
Post a Comment